top of page

Saman Yusoff Rawther: Minta PM bercuti bertentangan amalam demokrasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Desakan agar Perdana Menteri (PM) bercuti semata-mata kerana berdepan saman sivil disifatkan tidak berasas dari segi prinsip perundangan dan bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen.


Itu reaksi Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin sebagai menjawab dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Anwar perlu bercuti susulan menghadapi kes saman sivil dari bekas penyelidik, Yusoff Rawther ke atas diri beliau.


Katanya, jika standard 'bercuti' itu diterima pakai kepada semua kes saman sivil, ramai menteri dan wakil rakyat terpaksa bercuti setiap kali disaman, termasuk dalam kes tidak berasas yang boleh mencetuskan ketidakstabilan pentadbiran.


''Dalam sistem Westminster, hanya apabila seseorang pemimpin disiasat atas salah laku serius (criminal misconduct), atau ada konflik kepentingan serius, maka tindakan bercuti atau meletak jawatan dianggap wajar atau beretika.


''Saman sivil adalah seperti saman fitnah iaitu pertikaian antara individu atau pihak swasta dan tidak melibatkan siasatan jenayah, rasuah, atau salah guna kuasa dalam kapasiti rasmi,'' jelas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.


Dari sudut persepsi politik pula, Bryan Ng yang juga seorang peguam berpendapat, pembangkang cuba memposisikan kes dihadapi Anwar itu sebagai isu integriti.


Meskipun tiada kewajipan undang-undang untuk Presiden KEADILAN itu bercuti, namun ujarnya Anwar perlu mengurus persepsi awam dengan telus.


Sebagai contohnya katanya, Ahli Parlimen Tambun itu perlu menjelaskan sifat kes tersebut, tidak memanipulasi kedudukan untuk menangguh proses, dan memberi komitmen untuk hadir ke mahkamah.


''Selain itu, rangka strategi komunikasi yang jelas dan konsisten perlu supaya isu ini tidak diputar belit sebagai krisis moral atau integriti.


''Di Malaysia pun, pemimpin pembangkang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak tidak bercuti ketika berhadapan saman sivil sebelum ini,'' ujarnya lagi.


Mengulas lanjut, Bryan Ng berkata, pembangkang menyerang Anwar melalui permainan 'persepsi' kerana tahu mereka tidak mampu melawan Anwar melalui dasar dan prestasi.


Namun ujarnya, rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi dengan permainan persepsi oleh pihak yang kehilangan kuasa, sebaliknya lebih memberi perhatian kepada kestabilan ekonomi, kos sara hidup, pelaburan asing dan urus tadbir negara yang baik.


Kelmarin, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercuti sementara menunggu prosiding saman sivilnya selesai bagi memastikan perbicaraan boleh dijalankan secara telus.


Namun saranannya itu dipertikai banyak pihak kerana saman sivil tidak sama dengan kes jenayah yang sering dituntut oleh Pakatan Harapan agar sesiapa yang terlibat bercuti daripada perkhidmatan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page