Saman tertunggak tidak jejas kelayakan subsidi BUDI95
- Suara Keadilan

- 3 days ago
- 1 min read

Seseorang individu yang mempunyai saman tertunggak tidak akan hilang kelayakan menikmati subsidi petrol bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, kedua-dua perkara berkenaan tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.
"MOT ingin memberi penjelasan bahawa saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah dua mekanisme yang berbeza serta beroperasi secara berasingan,"katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau merujuk kepada sebahagian laporan media berhubung dakwaan kegagalan menjelaskan saman akan menyebabkan kehilangan kelayakan menikmati subsidi BUDI95.
Sementara itu tambahnya, dasar semasa untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon perlu memenuhi dua syarat asas iaitu pemohon mestilah warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad, dan memiliki lesen memandu yang aktif.

"Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen masih dalam tempoh sah atau tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun," tambahnya.
Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Seremban itu turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.









Comments