Saluran khas PIBG: 670 Permohonan baik pulih diterima dalam tempoh seminggu


Saluran khas untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengemukakan permohonan penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sekolah mendapat sambutan menggalakkan.
berkata kementeriannya sudah menerima 670 permohonan sejak dibuka bermula 1 November lalu.
"Sambutan diterima menunjukkan kesungguhan PIBG untuk bersama-sama membantu meningkatkan kemudahan dan persekitaran sekolah demi keselesaan anak-anak kita.
"Saya mahu PIBG memainkan peranan yang lebih besar sebagai rakan strategik kementerian. Ibu bapa juga mempunyai pandangan tentang perkara yang perlu diberikan perhatian," katanya menerusi hantaran di laman sosial.
Inisiatif berkenaan diperkenalkan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai peruntukan RM2 bilion menerusi Belanjawan 2027 bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan semua jenis sekolah di seluruh negara iaitu peningkatan RM1 bilion berbanding sebelumnya.
KPM menetapkan setiap permohonan perlu berasaskan keperluan sebenar, dengan keutamaan diberikan kepada kerosakan kritikal yang berisiko terhadap keselamatan murid dan warga sekolah.
Fadhlina menerusi hantarannya turut memaklumkan bahawa saluran permohonan khas berkenaan dibuka sehingga 30 November 2026.




Comments