Salahguna nama, kedudukan: Pejabat PM akan ambil tindakan
- Suara Keadilan
- Mar 15, 2023
- 1 min read

Penyalahgunaan nama Perdana Menteri di atas sebarang urusan tidak sepatutnya berlaku.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memandang serius penggunaan nama PM yang dilakukan sesetengah pihak bagi tujuan tertentu tanpa keizinan.
"Pejabat Perdana Menteri memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan tertentu.
"Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekaligus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Pejabat
Perdana Menteri dan institusi Kerajaan," ujar kenyataan Pejabat PM hari ini.
Oleh itu, Pejabat PM menegaskan pihaknya tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang kepada mana mana pihak yang menyalahgunakan nama PM.
"Pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut
perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian," kata kenyataan itu lagi.
Baru baru ini timbul kontroversi apabila Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa menerima arahan 'penyelesaian di luar mahkamah' daripada seseorang mewakili syarikat pengimport telur yang memetik kononnya mempunyai hubung kait dengan Pejabat Perdana Menteri.
Sebelumnya, Wee cuba disaman berbuhung pendedahannya di Dewan Rakyat mengenai isu pengimportan telur ayam.
Comments