top of page

Salah laku SPRM: Menteri Undang-undang gagal jawab soalan



Menteri Undang-undang tidak menjawab dengan tepat soalan yang dikemukakan berhubung kejadian kehilangan wang barangan kes oleh 3 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.


Ahli Parlimen Fahmi Fadzil (PH- Lembah Pantai) bertanya mengapakah SPRM tidak membuat laporan polis susulan kehilangan wang berkenaan dan hanya melakukan siasatan dalaman.


"Saya ingin bertanya kenapa SPRM tidak membuat laporan polis bila kehilangan barang kes dalam simpanan berlaku? Bukankah itu perlanggaran perintah tetap ketua SPRM yang mengatakan sekiranya barang kes hilang dalam simpanan, pegawai hendaklah segera melaporkan kepada pengarah SPRM negeri dan membuat laporan polis?


"Kedua kes melibatkan 3 pegawai. Apakah yang kerajaan akan lakukan untuk memberi keyakinan semula kepada rkayat Malaysia bahawa kejadian ini adalah insiden terpencil, atau adakah lebih banyak insiden seperti ini telah berlaku?" katanya dalam sesi bahas petang semalam.


Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya menumpukan menjawab soalan Ahli Parlimen Gobind Singh Deo (PH - Puchong) berhubung merehatkan sementara Ketua Pengarah SPRM, Azam Baki dalam tempoh siasatan yang menurut beliau tiada kuasa melakukannya. Sebaliknya beliau akan merujuk kepada Perdana Menteri.


Berkenaan siasatan SPRM, Wan Junaidi menjawab siasatan telah dibuat berhubung kehilangan wang tersebut. Katanya maklumat di tangan SPRM lebih banyak, jika beri kepada polis pun mampukah mereka menyisat lebih baik?


SPRM telah menangkap 3 orang tersebut dan terus direman. Apa yang penting, katanya, orang salah dibawa ke mahkamah, bukan persoalan sama ada polis atau SPRM yang melakukannya.


Jawapan itu menyebabkan Fahmi membalas melakui Twitter pada petang semalam bahawa Wan Junaidi belum lagi menjawab pertanyaan beliau.


"Datuk Seri Wan Junaidi sebenarnya tak jawab soalan saya berhubung pelanggaran Perintah Tetap KP SPRM, iaitu jika barang kes dlm simpanan hilang, laporan mesti dibuat kpd: 1) pihak atasan SPRM; dan 2) Balai Polis berhampiran


"Dlm kes 3 pegawai kanan SPRM, tiada laporan polis dibuat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page