Sakit mental: Percepat nyahjenayah percubaan bunuh diri - Dr Wan Azizah



Percubaan bunuh diri hakikatnya lebih kepada sakit mental akibat tekanan berlebihan dan bukannya jenayah.


Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, percubaan bunuh diri perlu dinyah jenayah dan pesakit mental tersebut wajar dirawat segera, bukan dipenjarakan sebagaimana termaktub dalam undang-undang negara waktu ini.


"Saya menyambut baik jawapan bertulis Perdana Menteri bahawa Pejabat Peguam Negara sedang menimbang cadangan untuk tidak lagi menjadikan cubaan membunuh diri sebagai satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.


"Walau bagaimanapun, saya menggesa Kerajaan mengemukakan cadangan tersebut kepada Parlimen secepat mungkin, selewat-lewatnya pada persidangan Parlimen yang akan datang, iaitu penggal kelima Parlimen ke-14, atas tiga sebab utama.


"Pertama kerana kes penyakit mental menjadi semakin runcing pada waktu ini berikutan pandemik Covid-19 yang menyebabkan tekanan cukup besar kepada kehidupan rakyat secara amnya.


"Kedua individu yang cuba membunuh diri sewajarnya tidak dihukum, sebaliknya mereka perlu diberi rawatan bagi mengatasi isu kecelaruan mental, sesuai dengan strategi mencegah, memulih dan merawat," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, usaha mempercepatkan pindaan undang-undang nyahjenayah terhadap kesalahan cubaan membunuh diri perlu disegerakan memandangkan kajian mengenainya telah pun dilakukan sejak dua tahun lalu ketika Pakatan Harapan memerintah.


"Sebab ketiga kerana cadangan ini (nyahjenayah) telah pun dibincang lebih dua tahun lalu, dan diputuskan pada waktu itu supaya Jabatan Peguam Negara mengkaji cadangan mengeluarkan cubaan bunuh diri daripada Kanun Keseksaan.


"Ini merupakan salah satu daripada lima perkara utama yang diputuskan dalam satu mesyuarat yang saya pengerusikan pada Jun 2019, semasa saya diamanahkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagi membincang isu-isu kesejahteraan mental yang semakin membimbangkan.


"Mesyuarat tersebut juga telah memutuskan supaya Oktober diisytihar sebagai bulan kesedaran isu kesejahteraan mental bagi menghapuskan stigma masalah mental, dan saya berharap ia akan disambut pada bulan hadapan," katanya.


Oleh itu, kata Dr Wan Azizah, bulan Oktober yang bakal tiba ini boleh dijadikan sebagai satu platform memperolehi input-input daripada pemegang-pemegang taruh supaya Jabatan Peguam Negara boleh menyiapkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan untuk dikemukakan semasa sidang penggal kelima Parlimen ke-14 kelak.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER