top of page

Saifuddin rakam tahniah kejayaan polis tahan suspek tembakan di KLIA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 16, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberkas suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui satu hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.


"Tahniah pasukan PDRM Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) atas kecekapan memberkas segera suspek tembakan KLIA tempoh hari," kata Saifuddin.


Ahad lalu, suspek Hafizul Harawi, 38, melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.


Bagaimanapun, satu tembakan jarak dekat itu telah tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan beliau dilaporkan parah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Isnin mengesahkan penangkapan Hafizul di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang semalam.


Razarudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page