Saifuddin hadiri Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global di China


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, selamat tiba di Lianyungang, China semalam bagi menghadiri Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (Global Public Security Cooperation Forum Lianyungang).
Beliau berkata, setibanya di Lianyungang, beliau disambut Timbalan Ketua Bahagian Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Awam Wilayah Shanxi, Huo Jinjian.
"Alhamdulillah saya telah selamat tiba di Lianyungang, China untuk menghadiri Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang," katanya dalam muat naik di media sosial.
Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Abdullah Ma’amor Ibrahim serta pasukannya atas sambutan yang diberikan.
"Terima kasih juga kepada Saudara Abdullah Ma’amor bin Ibrahim, Konsul Jeneral, Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai di atas sambutan beliau & team," katanya.
Beliau yang juga pemangku Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pada petang ini beliau dijadualkan menyampaikan ucapan dalam sesi forum berkenaan.
"InsyaAllah petang ini saya akan turut menyampaikan ucapan di sesi forum hari ini, saya kongsikan intipati pembentangan saya selesai acara," katanya.




Comments