top of page

Saifuddin gesa Sanusi berhenti salahkan orang lain




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan seorang pemimpin yang gagal mengawal tingkah laku sebagai ketua Kerajaan Negeri.


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pengarah Pilihan Raya Pas itu wajar berhenti menyalahkan orang lain susulan polemik politik antara Kerajaan Negeri dan Putrajaya yang diciptanya.


"Sanusi biadab mencadangkan Perdana Menteri menukar pegawai yang dilabelnya sebagai Little Napoleon. Perdana Menteri tak perlu tukar pegawai sebaliknya Sanusi kena jaga decorum (tingkah laku) apabila hadir mesyuarat yang melibatkan rahsia negara.


"Semua orang tahu isu sebenar iaitu yang menimbulkan masalah ialah Sanusi apabila dia mereka-reka tuduhan tidak benar," kata Saifuddin dipetik.


Sanusi sebelum ini pernah mendakwa dia tidak dijemput menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2023, selain menguar-uarkan dia akan disingkirkan dari Majlis Kewangan Negara.


Bagaimanapunpada Khamis Sanusi dilapor berkata dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan Anwar sebaliknya hubungan mereka terjejas oleh peranan Little Napoleon yang ada di Pejabat Perdana Menteri.


Kenyataan itu dibuat menjelang berlangsungnya Rumah Terbuka Malaysia Madani yang menyaksikan Anwar dan pemimpin kerajaan berkunjung ke Alor Setar dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, sudah mengesahkan untuk berkenan menghadiri majlis berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page