top of page

Saifuddin bidas media sosial pro Israel cuba cipta naratif jahat



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas satu hantaran di media sosial yang mendakwa Malaysia akan dijadikan destinasi pelancongan tanpa visa oleh Israel.


Melalui satu kenyataan di laman X, Saifuddin menegaskan hantaran di laman sosial itu sebagai satu percubaan mencipta naratif jahat dan fitnah terhadap beliau serta kerajaan.


"Sewaktu ucapan di UNGA, YAB Perdana Menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua," tegas Saifuddin merujuk hantaran dengan tajuk 'Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa?'


Hantaran di media sosial pro Israel

Hantaran itu turut menyertakan tangkap layar akaun X Ahli Parlimen Israel, Danny Danon pada September lalu yang menyiarkan gambar Saifuddin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).


"Kehadiran saya seperti dalam gambar ni adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan mendengar ucapan YAB Perdana Menteri di UNGA," kata Saifuddin mengulas gambar tersebut.


Pada 20 Sept tahun lalu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat.


Selain Saifuddin Nasution, Perdana Menteri diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar (ketika itu) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan (ketika itu) Dr Zaliha Mustafa dan pegawai kanan kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page