top of page

SABDA laksana projek RM600 juta di Sabak Bernam - MB



Kawasan pertanian dan pengeluaran padi Selangor di Sabak Bernam akan menikmati pelaburan RM600 juta selama 10 tahun daripada 2 projek di bawah Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam tempoh itu juga akan wujud 10,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan dalam sektor industri berasaskan perikanan.


Katanya, SABDA terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) meliputi pembangunan agro bernilai tinggi.


"Bagi projek pertama, kilang pemprosesan dan pembungkusan tuna dan ikan laut dalam pertama di Malaysia akan dibina di Sungai Lang.


"Pelabuhan pendaratan baharu untuk kapal besar yang berlayar di Lautan Hindi serta ladang penternakan ikan dan ketam darat akan dibangunkan.


"Satu lagi projek adalah pelabuhan pendaratan ikan bersepadu pertama Malaysia di Sekinchan. Pelabuhan khas pendaratan ikan ini dilengkapi sistem kebolehkesanan komprehensif yang berupaya menjejaki asal usul, pemprosesan dan pengedaran setiap produk ikan," katanya dalam kenyataan.


Tegas MB, kedua-dua projek tersebut merupakan inisiatif mencapai matlamat keterjaminan makanan jangka panjang bagi pasaran tempatan.


SABDA juga solusi kepada kritikan pembangkang terhadap kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang dituduh tidak mahu membangunkan kawasan berasaskan pertanian di lingkungan Melayu dan lebih menumpukan kepada pembangunan bandar bandar industri.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page