Kerajaan negeri Sabah digesa supaya menggiatkan usaha untuk meningkatkan suntikan vaksin di negeri.
Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Chrisnadia Sinam berkata, pihaknya menyuarakan kekecewaan rakyat Sabah terhadap pemberian vaksin yang masih ditahap terendah di Malaysia.
"Kami menggesa Kerajaan GRS mempergiatkan usaha turun padang untuk mendaftarkan dan memberi vaksinasi bagi golongan warga emas terutama di luar bandar.
"Kami bersetuju dengan saranan Presiden yang mengatakan, jika semasa pilihan raya kita boleh menggerakkan jentera ke akar umbi, kenapa tidak aktiviti vaksinasi ini.
"Perancangan khusus untuk memastikan rakyat Sabah tidak ketinggalan untuk mendapat imunisasi tersebut perlu ada.
"Kita tidak mahu rakyat Sabah dijadikan second class citizen yang lewat diberikan imunisasi berkenaan," katanya.
Beliau turut menyokong cadangan supaya kerajaan pusat membenarkan syarikat-syarikat swasta membeli vaksin untuk pekerja masing-masing.
"Ini perlu diambil kira bagi memastikan ekonomi kita dapat dibuka semula," katanya.
Comentarios