top of page

Sabah sifatkan Belanjawan 2024 sebagai 'Belanjawan Merakyat'



Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan 2024 dibentangkan Perdana Menteri pada Jumaat sebagai ‘Belanjawan Merakyat’ kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus dan teras keutamaan.


Hajiji berkata, Belanjawan 2024 merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih teraju pemerintahan pada 24 November 2022, jelas menunjukkan wilayah Borneo terus digerakkan dalam arus pembangunan negara apabila Sarawak turut diberikan peruntukan berjumlah RM5.8 bilion.


Ia turut menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan menjurus ke arah mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.


"Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, menjadi tumpuan Belanjawan 2024 ini.


"Inilah yang saya maksudkan sebagai belanjawan merakyat," katanya selepas menyaksikan pembentangan Belanjawan 2024 di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Jumaat.


Menyentuh mengenai peruntukan pembangunan RM6.6 untuk Sabah, beliau menyifatkannya sebagai manifestasi dukungan Kerajaan Perpaduan menyeimbangkan pembangunan antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Katanya, peningkatan peruntukan tahun depan sebanyak RM100 juta adalah juga sebahagian usaha Kerajaan Persekutuan memenuhi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


"Kerajaan negeri menyambut baik dan mengalu-alukan penyediaan peruntukan itu dan bertekad untuk menjadikannya inspirasi apabila kita membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2024 tidak lama lagi," katanya.


Hajiji turut menjelaskan, inti pati Belanjawan Madani 2024 itu akan diambil kira dan disesuaikan dengan teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) menerusi Belanjawan Negeri Sabah 2024 nanti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page