top of page

Sabah, Sarawak miskin akibat kegagalan wakil dalam kerajaan pusat, negeri



Kemiskinan serta kesenjangan melampau di Sarawak dan Sabah bukan kerana kewangan negara yang tidak mencukupi tetapi akibat langsung daripada wakil-wakil dari Malaysia Timur di dalam kerajaan pusat dan negeri yang lemah.


Oleh itu, menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, KEADILAN negeri menyokong penuh ucapan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mempersoalkan keberkesanan wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak dalam membela kebajikan anak negeri masing-masing.


Katanya, wakil rakyat dari Malaysia Timur saban tahun bersetuju dengan belanjawan negara atau negeri tanpa memberikan cadangan alternatif atau perancangan pembangunan yang lebih bermakna.


"Setiap tahun Bajet Negara dan Bajet Negeri sentiasa diluluskan di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bajet-bajet tersebut selalunya dikatakan terbaik dan mencukupi oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan yang memerintah untuk memajukan Negeri.


"Tetapi yang menjadi persoalan dan membingunkan kita rakyat Sarawak ialah pemimpin di Sarawak, terutamanya pemimpin utama seperti Ketua Menteri YAB Abang Johary Tun Openg pernah melaung-laungkan bahawa Sarawak banyak duit. Kalau begitu, mengapa majoriti rakyat Sarawak masih miskin dan infrastruktur pula mundur? Terbaru daerah Pusa di Sarawak dikatakan antara daerah yang termiskin di Malaysia.


"Contoh paling ketara kemunduran dalam tempoh BN - Gabungan Parti Sarawak (GPS) memerintah ialah 82% sekolah di Sarawak tergolong dalam kategori sekolah daif. Kenapa perkara sepenting pendidikan dan masa hadapan anak-anak kita diabaikan?" tanyanya.


Tambah beliau lagi, kedaifan kemudahan asas di pedalaman Sarawak tidak pula sebanding dengan pendapatan serta harta pemimpin-pemimpin kerajaan negeri yang kaya raya. Malah sesetengahnya mempunyai kekayaan melampau.


"Dengan adanya kekayaan para pemimpin politik BN-GPS juga dikatakan mempunyai pendapatan melonjak tinggi. Mereka menjadi kaya raya tetapi rakyat di kawasan mereka miskin sensara. Memang kekayaan melampau pemimpin BN-GPS ini perlu didebatkan di Parlimen dan DUN.


"Justeru, cara paling mudah untuk kita dapat memperdebatkan kekayaan melampau yang jauh melebihi gaji dan elaun wakil rakyat dan Menteri BN-GPS ini di DUN dan Parlimen adalah dengan mengalahkan mereka semasa pilihan raya yang akan datang," katanya lagi.


Tegas Abun, sangat penting pengundi di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri tahun hadapan bertukar arah kepada kerajaan Pakatan Harapan agar kekayaan negara dan negeri dapat disalurkan untuk rakyat keseluruhannya, bukan dikaut oleh sekelompok pemimpin tertentu sahaja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page