top of page

Sabah perlu badan kawal selia air pantau tahap perkhidmatan - Akmal



Sabah perlu mempunyai sebuah badan kawal selia bagi memantau tahap perkhidmatan yang disediakan oleh operator air di negeri itu, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).


Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata seperti di Semenanjung, terdapat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bukan sahaja berfungsi mengawal selia bekalan air, tetapi juga bertindak menetapkan beberapa syarat di bawah akta sedia ada untuk 'mengikat' operator agar sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan.


Penubuhan badan kawal selia itu jelasnya wajar memandangkan rizab margin keseluruhan bekalan air Sabah pada 2022 hanya berada pada tahap 7.1 peratus dan terdapat kemungkinan rizab margin bekalan air di setiap daerah juga jauh lebih rendah berbanding angka keseluruhan.


"Atas sebab itu, untuk mengurus bekalan air di Sabah, saya rasa ada keperluan di peringkat negeri untuk ada satu badan kawal selia. Namun kita faham di Sabah, ada enakmen.

"Jadi kita harus memikirkan sama ada mahu proses kawal selianya disekalikan dengan suruhanjaya yang sama (SPAN) atau kita angkat (wujudkan) baru di peringkat negeri," katanya dipetik pada sesi kamar khas Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap isu yang dibawa oleh Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) terhadap masalah bekalan air yang kritikal di Sabah.


Mengulas langkah diambil kerajaan bagi mempercepat pelaksanaan projek air di negeri itu Akmal berkata, pada tahun lepas sebanyak RM258 juta diperuntukan untuk Sabah bagi melaksanakan beberapa projek antaranya pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 di Tawau yang kini dalam proses perolehan.


"Surat Setuju Terima (SST) untuk projek ini dijangka dikeluarkan pada Januari 2025. Bagi projek sambungan air pula, sebanyak enam sedang dijalankan dan empat projek telah siap dan dalam proses memuktamadkan akaun," katanya.


Pada tahun ini, tambahnya tiga projek baharu dan 10 projek sambungan air turut diluluskan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page