top of page

RUU WTD: Sim Tze Tzin mahu maklumat penerima dirujuk dalam PADU

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 26, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (WTD) 1965 membabitkan fasal 1 hingga fasal 12 wajar dilaksana memandangkan RM8 bilion wang milik awam masih belum dituntut.


Namun, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berpandangan pindaan baharu membabitkan tempoh pindahan ke Akaun Hasil Disatukan dari 15 tahun ke 10 tahun perlu dipendekkan bagi menjana ekonomi negara.


"Tempoh 15 tahun kepada 10 tahun itu harus dipendekkan lagi bagi menjana ekonomi negara. Walaupun duit itu kecil namun ia boleh dimanfaat ekonomi negara," katanya dalam perbahasan RUU WTD di Dewan Rakyat, hari ini.


Untuk rekod WTD ditakrifkan sebagai wang dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa lebih setahun kerana tidak dikendalikan dalam tempoh tujuh tahun.


Wang tersebut juga tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa lebih dua tahun.


Susulan itu, Pemilik WTD diseru supaya menuntut wang masing-masing dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS.


Mengulas lanjut, Sim berpandangan maklumat perincian pemilik WTD itu boleh dipulangkan secara terus ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).


Hal itu katanya, sistem eGumis itu masih dilihat penuh dengan karenah birokrasi sekali gus menyukar pemilik WTD membuat sebarang tuntutan.


"Dalam PADU semua data berpangkalan dalam sistem tersebut, jadi bayaran terus itu membenar tuntutan tersebut kepada rakyat," ujarnya.


Selain tempoh 10 tahun, pindaan RUU itu juga turut menyentuh takrifan semula WTD dalam Seksyen 8(a) dan 8(c) Akta 370, dan amaun denda yang dikenakan pada syarikat atau firma bagi ketidakpatuhan.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page