top of page

RUU pindaan Akta Syarikat 2016 dibentang pada Mei

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 14, 2023
  • 1 min read


Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Syarikat 2016 bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada Mei ini.


Difahamkan, penambahbaikan dan pindaan itu akan membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian agar syarikat boleh terus beroperasi.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh berkata pindaan berkaitan perundangan sedia ada itu dirangka Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


"Jemaah Menteri telah meluluskan polisi RUU tersebut dan sekarang menunggu kelulusan daripada pihak Jabatan Peguam Negara.


"Selepas Dewan Rakyat, RUU itu kemudiannya akan dibentangkan di Dewan Negara dan perlu diwartakan sebelum boleh dikuatkuasakan," katanya dipetik.


Sementara itu Pengerusi SSM Ahmad Sabki Yusof ketika mengulas mengenai pindaan itu berkata, ia satu inisiatif penting untuk membantu sektor korporat yang menghadapi masalah kewangan, terutamanya akibat daripada kesan pandemik Covid-19 agar dapat kekal beroperasi dan menjana ekonomi negara.


RUU yang akan dipinda itu juga akan memperkenalkan peruntukan untuk mengukuhkan polisi berhubung kerangka pelaporan pemunyaan benefisial yang komprehensif.


"Pindaan ini untuk mengelak syarikat daripada penggulungan, berdaya maju dari segi kewangan dan terus berniaga.


"Sekiranya tiada mekanisma penyelamat korporat, ini bermakna pemiutang boleh mengambil tindakan undang-undang dan memohon pengisytiharan insolvensi, justeru, kami mahu mengelakkannya," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan. Fuziah turut menggesa peniaga mikro untuk tampil dan berdaftar secara sukarela dengan SSM.


Langkah itu menurutnya akan memudahkan proses pengumpulan data dan menerima bantuan subsidi bersasar seperti minyak masak agar pada masa depan dapat dilakukan dengan lancar dan efektif.


"Sekiranya mereka mahu memohon untuk subsidi bersasar seperti peniaga pasar malam, penjaja dan pengusaha warung, sebaik-baiknya mereka berdaftar kerana mereka menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak," jelas Fuziah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page