top of page

RUU penamat kepada para pengkhianat - Shamsul Iskandar



Rang Undang Undang (RUU) Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka akan menjadi penamat kepada sesiapa yang mahu berkhianat selepas diluluskan.


Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) berkata, RUU berkenaan juga akan mengembalikan keyakinan pengundi untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Katanya, tidak akan berlaku lain parti lain menang tetapi selepas beebrapa tahun parti lain pula memerintah


"Rakyat berasa marah dan kecewa setelah PRU lepas mereka pilih PH tetapi sekarang dipimpin semula oleh BN.


"Ini dapat kita lihat di kedua dua Pilihan Raya Negeri seperti Melaka dan Johor di mana peratusan keluar mengundi itu cukup rendah kerana rakyat ingin menyampaikan mesej (tidak puas hati).


"Mereka pilih kerajaan yang mereka mahu tetapi dapat kepada orang lain. Pindaan ini juga satu hasil kerjasama antara PH dan Kerajaan Persekutuan (dalam Memorandum Kerjasama (MoU))," katanya.


Selain itu, Shamsul mengangap dibahasnya RUU berkenaan adalah suatu kemenangan buat rakyat dalam mendapatkan kerajaan yang lebih baik dan stabil pada masa akan datang.


"Ini merupakan satu yang postitif kita dapat capai dalam libat urus berpanjangan antara kerajaan dan pembangkang. Itu yang saya sebutkan dari MoU ini satu keutamaan kepada rakyat dan rakyat menang.


"Dengan adanya peruntukan ini maka akan menjadi menamat kepada mereka yang ingin melakukan pengkhianatan pada mandat rakyat yang diberikan dalam pilihan raya," ujarnya.


Bagaimanapun, dalam pada itu Shamsul mengajukan soalan kepada Menteri Undang undang berkenaan proses pemilihan Perdana Menteri yang tidak dinyatakan secara jelas dalam RUU berkenaan, terutama jika seorang Ahli Parlimen tidak keluar parti tetapi menyokong PM dari parti lawan dan kemudian dipecat.


"Saya ingin tanya kepada menteri Undang undang, kalau memilih PM, mereka tidak kata Ahli Parlimen itu ikut parti. Keputusan Ahli Parlimen yang menang memilih sesiapa sebagai PM, katakan dari BN nak cross, nak menyokong blok yang besar dan mereka dipecat kerana itu, bagaimana kedudukan mereka?" tanyanya.


Beliau juga bertanya bagaimanakah nasib wakil rakyat yang dibuang daripada parti dan mejadi wakil Bebas kemudian ingin menyertai parti lain yang tidak disebut dalam RUU.


"Dalam pindaan ini, kalau dia bertanding Bebas dan lompat maka kosong kerusi. Bagaimana jika mereka punya parti, mereka dibuang parti, dan kemudian ingin masuk dalam parti PH misalnya, bagaimana kedudukan mereka. Ini perlu dijelaskan kerana jika timbul masalah, perkara ini akan dibawa ke mahkamah


"Kita tidak boleh bawa keputusan rakyat (kedudukan wakil rakyat) ini bila timbul isu, bawa ke mahkamah. Kita ahli politik biarlah kita uruskan yang berkaitan perjalan pilihan raya (secara politik)," katanya lagi.


Shamsul juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya dilibatkan dalam RUU berkenaan kerana suruhanjaya itu melaksanakan peraturan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page