top of page

RUU Pekerja Gig 2025 diluluskan selepas tujuh tahun digubal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 29
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI mencatat sejarah di Dewan Rakyat apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diluluskan dengan sokongan majoriti pada Khamis.


RUU yang digubal sejak tujuh tahun lalu itu bakal membuka lembaran baharu kepada kira-kira 1.2 juta pekerja ekonomi gig yang sebelum ini beroperasi tanpa perlindungan undang-undang, termasuk hak rundingan gaji dan syarat kerja.


"Kelulusan ini adalah hasil perjuangan panjang sejak isu pekerja gig mula mendapat perhatian pada 2018, ketika ekonomi digital berkembang pesat dan ribuan anak muda bergantung kepada pekerjaan melalui aplikasi penghantaran, e-hailing serta platform digital lain.


"Undang-undang ini diwujudkan untuk membela pekerja gig sambil memastikan daya saing ekonomi negara tidak terjejas," kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika menggulung perbahasan RUU tersebut.


Seramai 23 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan RUU itu..


Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam mengakui terdapat kegusaran syarikat korporat mengenai kemungkinan peningkatan kos operasi susulan pelaksanaan undang-undang baharu.


Namun beliau menegaskan, keseimbangan perlu dicapai agar pekerja tidak terus dibiarkan tanpa jaringan keselamatan sosial sementara syarikat kekal berdaya maju.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page