top of page

Kerajaan Selangor, Kementerian Komunikasi meterai MoU bandar pintar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Majlis pertukaran MoU disaksikan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari
Majlis pertukaran MoU disaksikan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari

Kerajaan Selangor menerima peruntukan RM450 juta daripada Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melaksanakan Inisiatif Bandar Pintar Selangor, sekaligus memperkukuh agenda bandar pintar demi kesejahteraan rakyat.


Peruntukan itu diumumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Bandar Pintar Negeri Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada Selasa.


"MoU ini memberi tumpuan kepada pembangunan kesalinghubungan pintar, peningkatan keselamatan awam dan pengurusan trafik, serta pelaksanaan pengurusan banjir pintar di bawah penyelarasan Selangor Integrated & Intelligent Operations Centre (SIIOC)," kata Fahmi dipetik.


Majlis pertukaran MoU itu disaksikan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Menurut Fahmi, MoU berkenaan memberi tumpuan kepada tiga teras utama di bawah penyelarasan Selangor Integrated & Intelligent Operations Centre (SIIOC), iaitu pembangunan kesalinghubungan pintar, peningkatan keselamatan awam dan pengurusan trafik, serta pelaksanaan pengurusan banjir pintar.


Beliau berkata, peluasan gentian optik, penyediaan Wi-Fi awam dan sokongan kepada Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan menjadi asas kepada perancangan bandar berasaskan data, sekali gus menyokong dasar yang lebih tepat, mampan dan berimpak tinggi.


"Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan bandar, malah menjadi pemangkin ekonomi digital dan mengukuhkan daya tarikan Selangor sebagai destinasi pelaburan strategik," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page