top of page

RUU Kawalan Produk Merokok 2023 diluluskan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 30, 2023
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan melalui undian suara dilakukan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, hari ini.


RUU itu diluluskan dengan lebih suara Ahli Parlimen bersetuju selepas dibentangkan buat kali kedua oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.


Seramai 27 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan dua hari tersebut turut menyaksikan pengguguran klausa generasi penamat rokok (GEG) yang menjadi topik paling banyak disentuh dan dibangkitkan.


Fasal 1 hingga 54 dalam RUU tersebut memperuntukkan hal yang berhubung pendaftaran, pengiklanan, kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya.


Turut diperuntukkan ialah larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).


Dalam pada itu, KKM tidak menolak kemungkiann untuk meneliti semula klausa Generasi Penamat Rokok (GEG) sekiranya penguatkuasaan Rang Undang-Undang Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 masih tidak menunjukkan apa-apa kesan positif berkaitan isu merokok.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page