RUU Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 diluluskan
- Suara Keadilan

- Jul 14
- 1 min read

Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026.
RUU yang diluluskan secara sebulat suara itu bertujuan memperkukuh ekosistem keterjaminan makanan negara serta memperkasa kuasa kawal selia industri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, pindaan utama kepada RUU tersebut membabitkan Seksyen 22 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
Ia untuk menaikkan kadar penalti am kepada denda tidak melebihi RM250,000 bagi individu, manakala syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM1 juta.
"Kadar denda yang dikenakan ketika ini didapati amat rendah dan pindaan kadar berkenaan diperlukan memandangkan penalti sedia ada tidak pernah disemak sejak akta berkenaan digubal," katanya dipetik laporan media tempatan.
Sementara itu Foong Hin ketika menggulung perbahasan berkaitan RUU tersebut juga menegaskan, pindaan sebagai perlindungan kepada ekonomi pesawah daripada sebarang bentuk manipulasi pasaran.




Comments