top of page

RUU henti rokok perlu dikaji penguatkuasaan, ikut data terkini



Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan menamatkan pengambilan rokok dalam kalangan generasi baharu perlu dikaji pelaksanannya berdasarkan data semasa.


Ahli Parlimen Dr Lee Boon Chye (PH - Gopeng) berkata demikian dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat, semalam.


Menurut beliau RUU tersebut bukanlah baharu di negara luar kerana telah disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Beliau juga mendedahkan terdapat 8 juta kematian setahun akibat rokok di seluruh dunia dan juga berlaku kematian akibat asap rokok, atau perokok pasif.


"Malaysia khususnya ada 31% yang terdedah kepada asap rokok di rumah. Generation end game ini matlamatnya amat penting sebagai game changer dan kita perlu pilih sama ada nak set the train atau nak ikut train.


"Sebab ini memang akan datang, bukan setakat di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Malah syarikat tembakau pun ada yang buat keputusan dalam masa hadapan mereka akan henti penjualan rokok.


"Saya sokong generation end game ini. Cuma ada satu masalah, sama ada kita terima vape itu harm reduction. Ini perlukan data mendalam kerana harm reduction itu tidak bermakna tidak merosakkan kesihatan," katanya.


Mantan Timbalan Menteri Kesihatan itu mencadangkan sekiranya ada data menunjukkan bahawa vape tidak begitu merbahaya, ada ruang di mana vape dan rokok elektronik diasingkan daripada produk tembakau dan peraturan lebih longgar boleh digunapakai.


Begtu juga dengan penguatkuasaan yang punyai kuasa terlalu luas sebagaimana ditimbulkan dalam perbahasan sebelum ini, Dr Lee mahu hal itu dikaji.


"Saya tahu ada masalah penguatkuasaan. Memang ada masalah ditimbulkan dan dalam RUU ini tidak sempurna. Saya rasa masalah utama ialah kepercayaan penguatkuasaan yang agak kurang.


"Saya harap bila RUU diluluskan boleh diperhalusi agar dapat diterima oleh ahli dewan," katanya.


Bagaimanapun Rang undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang dijangka diundi di Dewan Rakyat semalam diumumkan oleh Menteri Kesihatan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)


Hal itu disebabkan bantahan kebanyakan Ahli Parlimen sebelum ini mengenai keluasan kuasa penguatkuasaan untuk mencari rokok sehingga melanggar hak Perlembagaan mengenai kebebasan peribadi.


Malah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menghantar surat kepada Ketua Majlis Dewan Rakyat supaya RUU tersebut diteliti ke Jawatankausa Khas Parlimen bagi ditambahbaik.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page