top of page

RUU Anti Lompat Parti akhirnya dibawa ke Dewan Rakyat



Sempat mengalami pasang surut dalam hampir setahun, akhirnya Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat parti masuk ke dalam susunan usul untuk dibahas dan diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat sesi Julai - Ogos ini.


Menurut Anggota Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik, Fahmi Fadzil, RUU berkenaan telah pun masuk senarai jadual perbahasan yang bermakna akan diluluskan berdasarkan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang dimeterai pada September 2021 lalu.


"Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah menyerahkan Pindaan RUU Anti Lompat Parti kembali ke Dewan Rakyat pagi ini.


"This is the Anti Hopping Bill!" kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam ciapan di Twitter, pagi ini.


RUU yang dibentangkan di Dewan Rakyat itu merangkumi Perkara 49A dan Seksyen 7A Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang akan dipinda untuk membuat Ahli Parlimen kehilangan kerusinya jika mereka keluar parti atau tidak lagi menjadi ahli.


Cuma bagi Ahli Parlimen yang dibuang parti tidak akan hilang kerusinya. Juga Ahli Parlimen tidak akan hilang kerusi jika parti mereka dibubarkan atau bergabung dengan parti lain.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen yang menang dengan tiket bebas mereka dilarang menyertai parti atau menjadi anggota gabungan.


Selain itu, RUU menegaskan Ahli Parlimen akan hilang kerusi jika parti mereka keluar gabungan sedia ada untuk menyertai gabungan lain atau menubuhkan gabungan baru.


Dewan Rakwat akan bersidang dari 18 Julai hingga 4 Ogos bagi sesi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas yang bermula hai ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page