top of page

Rundingan tarif AS: Ketegasan PMX lindungi ekonomi Bumiputera disokong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 22
  • 2 min read

ree

Rundingan tarif timbal balik 25% yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia perlu dilakukan secara berhemah namun tegas demi memelihara kedaulatan ekonomi negara.


Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar), pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rundingan tarif, terutama mengenai polisi ekonomi Bumiputera adalah suatu langkah tepat dan amat sangat disokong.


"Baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah memberi kenyataan terbuka kepada AS dan kuasa asing lain bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam campur tangan asing berkaitan dasar domestik seperti mengutamakan syarikat tempatan dan kedudukan istimewa Bumiputera.


"Perlu ditegaskan bahawa tarif ini perlu menguntungkan kedua-dua pihak dan bukannya AS sahaja. Malaysia tidak harus kehilangan kedaulatan ekonominya hanya untuk memuaskan hati salah satu rakan dagangnya.


"Malaysia tidak perlu memberikan akses penuh ekonomi negara kepada AS hanya kerana ancaman tarif 25%. Malaysia bukanlah seperti sesetengah negara lain (yang lemah)," katanya dalam kenyataan.


Tegas Faiz, dalam suasana geopolitik yang tidak menentu dan persaingan dagang serta sumber dengan China, AS juga memerlukan hubungan baik dengan Malaysia.


Sebagaimana dilaporkan oleh Financial Times, kata Faiz, satu daripada 5 cip semikonduktor yang diimport oleh AS datang daripada Malaysia.


Malaysia adalah pengeksport ke-6 terbesar di dunia. Selain itu, kedudukan strategik Malaysia di Selat Melaka adalah amat penting bagi pengaruh geopoplitik AS dan perdagangan Timur-Barat.


"Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan strategik yang tidak dimiliki oleh negara-negara lain dan AS akan terus menikmati kelebihan-kelebihan ini jika ia berusaha menjaga hubungan dua hala yang baik.


"Ekonomi AS juga akan terkesan jika Trump mengekalkan tarif yang tinggi terhadap pasaran import, termasuk Malaysia.


"Justeru, ketegasan kerajaan Malaysia ini menunjukkan kesungguhan Anwar Ibrahim membina halatuju ekonomi negara yang lebih mampan untuk kesejahteraan rakyat," kata Faiz.


Menurut beliau lagi, hala tuju dasar negara yang tepat adalah kunci kepada kejayaan ekonomi untuk masa depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page