top of page

Rundingan saham pembekal 5G DNB berakhir 30 Jun, hanya 2 syarikat berminat?



Rundingan saham dalam inisiatif 5G bersama syarikat-syarikat telekomunikasi dan pemborong tunggal Digital Nasional Berhad (DNB) berakhir pada hari ini, 30 Jun 2022.


Namun menurut Jurucakap Telekomunikasi KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh, hanya 2 syarikat setakat ini dilaporkan telah terlibat dalam perjanjian bersama syarikat pemborong tunggal 5G negara. Sedangkan syarikat syarikat telekomunikasi lain yang menjalankan perkhidmatan telefon mudah alih masih menyepikan diri.


"Dalam sebuah wawancara baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul menyebut rundingan saham dalam inisiatif 5G bersama syarikat-syarikat telekomunikasi akan berakhir hari ini


"Bagaimanapun setakat awal Mei 2022, hanya dua syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia (TM) dan YTL sahaja yang terlibat dalam perjanjian bersama DNB.


"Menurut sesetengah laporan hanya syarikat YTL yang telah memperkenalkan perkhidmatan 5G manakala syarikat TM masih belum berbuat demikian.


"Perkara ini menimbulkan tanda tanya mengapakah syarikat telekomunikasi lain dilihat teragak-agak untuk menyertai DNB dalam menyediakan perkhidmatan 5G?" tanyanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Ibrahim Syed Noh

Ahli Parlimen Ledang itu juga menyatakan kehairanannya mengapakah dua syarikat gergasi telekomunikasi negara seperti Celcom dan Maxis tidak menyertai inisiatif itu.


Beliau bertanya sama ada nilai yang ditawarkan oleh DNB dilihat tidak realistik atau wujud kebarangkalian kerugian dan keraguan dalam perjanjian yang dicadangkan.


"Saya difahamkan sehingga kini, terdapat pemain-pemain industri telekomunikasi yang masih tidak yakin dan kurang selesa dengan model Rangkaian Pemborong Tunggal (Single Wholesale Network - SWN) yang digunapakai oleh kerajaan. Perkara ini juga menjadi kebimbangan ramai pihak, termasuk saya dan rakan Ahli Parlimen lain sehingga dibawa berulang kali dalam sidang Dewan Rakyat.


"Terkini, melihat kepada kurangnya sambutan daripada pihak syarikat telekomunikasi, kerajaan menawarkan pula peratus saham dalam DNB kepada syarikat telekomunikasi yang menandatangani perjanjian bersama DNB.


"Maka timbul persoalan, adakah ini sebahagian daripada perancangan awal DNB? Adakah perkongsian saham ini akan mengangkat soal ketelusan, kelestarian dan keselamatan inisiatif 5G?


"Ada pihak yang mengatakan ini adalah strategi pihak syarikat telekomunikasi yang hanya melihat untung-rugi syarikat, bukan manfaat pada rakyat. Ada benarnya. Namun, ia juga terkait dengan kebimbangan terhadap halatuju strategi DNB dan unjuran kos perbelanjaan yang terlibat," katanya.


Syed Ibrahim juga mendakwa kos pelaksanaan inisiatif 5G yang diunjurkan sebelum ini tidak memadai untuk membiayai perkembangan inisiatif pada masa hadapan.


Katanya, kos jangkaan RM16.5 bilion untuk tempoh 10 tahun dijangka akan membengkak kepada lebih RM20 bilion antara tahun 2025 ke 2030.


Justeru, beliau khuatir akibat teruja untuk meletakkan kos yang rendah dan menarik akhirnya inisiatif 5G berisiko tergendala dan hutang membengkak


"Oleh itu dalam hal ini saya menggesa kerajaan lebih telus, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan kemelut dengan tatakelola yang baik tanpa ketirisan.


"Saya mengesyorkan agar perkara yang melibatkan kepentingan ekonomi, negara dan awam ini dibawa secara menyeluruh dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) serta dibentang dalam Parlimen secara berkala," katanya lagi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page