top of page

Rundingan lantik MB Perak baru dibuat secara berprinsip, telus - Anwar



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan rundingan gabungan Pakatan Harapan (PH) di Perak untuk melantik Menteri Besar yang baharu perlu dibuat secara berprinsip dan telus.


Beliau menganggap, penyingkiran Ahmad Faizal Azumu adalah satu perkembangan positif di negeri itu.


"Kita memantau perkembangan di Perak dan berbincang dengan kepimpinan negeri di Perak yang merupakan DAP, KEADILAN dan AMANAH.


"Ini adalah perkembangan yang sangat positif kerana sekali lagi ia mencerminkan ketidakcekapan Menteri Besar dan mereka harus mengambil tindakan. Ia adalah permulaan yang baik. Sebab itu, kami membenarkan mereka membuat rundingan," katanya.


Anwar juga berkata, rundingan itu adalah bagi memastikan kerajaan negeri Perak akan diterajui dan ditadbir dengan baik.


"Rundingan berdasarkan prinsip pentadbiran yang baik dan ketelusan. Bagi kami, ini mengenai pentadbiran yang baik.


"Perubahan hanya dapat diterima jika mereka dapat memastikan kestabilan dan komitmen terhadap pembaharuan dan pentadbiran yang baik," katanya.


Bagaimanapun, apabila ditanyakan mengenai calon sesuai dalam kalangan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar baharu, Anwar menyerahkan perkara itu kepada PH negeri Perak.


"Kami belum membincangkan mengenai perkara itu.


"Kami telah membenarkan para pemimpin negeri Perak untuk membuat perbincangan dan memutuskan serta memberi cadangan yang wajar," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page