top of page

Rumah Terbuka Pengerusi MPN Sabah: Hampir 10 ribu pengunjung meriahkan Aidilfitri



Oleh: Abdullah Zaid


Hampir 10,000 ribu pengunjung hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN (MPN) Sabah,  Datuk Dr Sangkar Rasam (gambar, baju Melayu jingga) di Keningau, malam tadi.


Dr Sangkar berkata, rumah terbuka tersebut diadakan secara santai dengan mengundang masyarakat pelbagai kaum.


"Objektif sambutan hari raya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita dan masyarakat sekeliling.


"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-mara dan sahabat handai serta pemimpin-pemimpin dari pelbagai parti yang hadir dalam majlis sambutan raya ini," katanya dalam kenyataan.


Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik yang juga Pembantu Menteri Kerjaya Raya dan pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan Sabah. Selain itu, ketua jabatan persekutuan dan negeri turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis tersebut juga dihiasi dengan persembahan tarian kebudayaan Mansayau suku kaum Murut Nabai dari Kampung Masak Keningau selain persembahan lagu-lagu tempatan.


Dalam pada itu, pengunjung yang hadir dalam majlis terbuka tersebut turut berpeluang merasa masakan tradisional suku kaum Murut yang menjadi salah satu tarikan utama dalam majlis berkenaan.


Keunikan masyarakat Sabah meraikan perayaan secara bersama dan harmoni itu menunjukkan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum Sabah.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page