Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2021 yang dianjurkan oleh KEADILAN secara maya berlangsung dengan cukup meriah.
Ia disertai oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta wakil pimpinan negeri yang diberikan peluang untuk memberi ucapan.
Rakan-rakan KEADILAN dalam Pakatan Harapan (PH) turut menyertainya apabila diwakili oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Hatta Ramli.
KEADILAN Selangor diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow, ADUN Sg Kandis, Zawawi Ahmad Mughni, ADUN Sentosa, G Gunarajah, ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi.
KEADILAN Negeri Sembilan diwakili oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun dan ADUN Chuah Yek Diew Ching.
KEADILAN Perlis pula diwakili oleh Amran Kamarudin; Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
KEADILAN Kedah diwakili oleh Datuk Johari Abdul; ADUN Bukit Selambau, R Summugam yang juga Ketua Cabang KEADILAN Merbok dan ADUN Bakar Arang, Ooi Tze Min,
KEADILAN Pulau Pinang diwakili oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, ADUN Sg Bakap, Dr Amar Pritpal Abdullah, ADUN Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung.
KEADILAN Perak diwakili Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Timbalan Pengerusi KEADILAN Perak, M. A. Tinagaran dan ADUN Hulu Kinta, Arafat Varisai Mahamad.
KEADILAN Wilayah Persekutuan diwakili oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew.
KEADILAN Melaka diwakili oleh Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, ADUN Kelebang, Gue Teck, ADUN Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lin.
KEADILAN Johor diwakili Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah
KEADILAN Pahang diwakili Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Dewan Negara, Senator Manolan Mohamad, ADUN Teruntum Sim Chon Siang
KEADILAN Terengganu diwakili oleh Azan Ismail manakala KEADILAN Kelantan diwakili oleh Supardi Md Noor.
KEADILAN Sabah diwakili oleh Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew dan ADUN Inanam, Peto Galim manakala Sarawak diwakili oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ketua Cabang Baram, Roland Engan.
Comments