top of page

Rumah Terbuka Malaysia Madani erat hubungan Persekutuan dan Negeri



Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang berlangsung di Kedah semalam diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan.


Harapan itu dinyatakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika ditemui pemberita di majlis dihadiri Sultan Kedah, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet itua.


"Harapan saya dari suasana yang sangat positif ini, hubungan silaturahim dalam kalangan dan sesama rakyat Kedah dapat dieratkan, dan juga hubungan antara kerajaan negeri (Kedah) dan Kerajaan Persekutuan akan bertambah baik, insya-Allah saya percaya.


"Saya lihat Perdana Menteri juga banyak meluangkan masa... beliau tiba sejam awal ke lokasi untuk bertemu dengan semua yang hadir, pergi khemah ke khemah, meja ke meja untuk melihat sendiri, dan itu adalah memang stail Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Fahmi menolak tohmahan segelintir pihak yang menuduh penganjuran rumah terbuka itu di enam negeri termasuk Kedah itu bertujuan politik.


Sebaliknya jelas beliau, rumah terbuka yang dianjurkan di luar Putrajaya itu bertujuan mendekati rakyat dan memahami permasalahan mereka.


"Sudah pasti dalam keadaan (sambutan) Aidilfitri di Putrajaya (Seri Perdana) sahaja, sukar bagi mereka yang di Kedah untuk datang bersama.


"Jadi niat Perdana Menteri sebagai seorang yang sangat berjiwa rakyat, bukan retorik, itu adalah realiti beliau, maka harapan beliau adalah untuk pergi ke negeri-negeri.


"Sebagai contoh esok beliau akan ke Sabah. Walaupun Sabah tidak dinyatakan dalam senarai tetapi beliau pergi dan akan bersama-sama dalam program sambutan Aidilfitri di negeri Sabah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page