top of page

Rumah terbuka Aidilfitri di 6 negeri dirancang untuk penjimatan - Rafizi



Rumah terbuka Aidilfitri yang dirancang Kerajaan Persekutuan untuk 6 negeri adalah untuk berjimat, bukan dirancang untuk membazir sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang Perikatan Nasional.


Oleh itu, Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli menyelar pembangkang yang tidak tahu hujung pangkal program berkenaan tetapi menuduh pelbagai perkara di media sosial.


Katanya, rumah terbuka itu juga bukan dirancang untuk berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri, melainkan untuk memudahkan Menteri dan Perdana Menteri beramah mesra dengan lebih banyak kelompok masyarakat.


"Ada yang mempertikaikan konon rumah terbuka dibuat di luar Lembah Klang ini satu pembaziran dan bertujuan untuk berkempen.


"Pertama, Jemaah Menteri memutuskan untuk mengadakan rumah terbuka di negeri-negeri kerana belanjanya lebih murah berbanding dengan yang dibuat sebelum ini di Putrajaya.


"Rumah Terbuka di Putrajaya sebelum ini dianjurkan oleh kerajaan yang dianggotai Perikatan Nasional sebenarnya lebih mahal.


"Ini kerana ia melibatkan 100,000 kehadiran. Kehadiran di 6 rumah terbuka yang dipertikaikan ini adalah untuk kehadiran 10,000 setiap satu, sebab itu kosnya lebih murah.


"Kerajaan Persekutuan pula hanya menanggung belanja sepenuhnya di 3 negeri sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, ia dikendalikan dan dibayar oleh kerajaan kerajaan negeri ini, jadi ia mengurangkan belanja Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Rafizi tidak faham pemimpin pembangkang yang mempertikaikan penganjuran jamuan hari raya di peringat negeri.


Katanya, sekiranya Kerajaan Perpaduan membuat aktiviti di Putrajaya sahaja maka pembangkang akan menuduh kerajaan tidak menyantuni rakyat.


"Sebelum ini mereka kata Kerajaan Persekutuan tidak bagi peruntukan. Bila saya jawab di Parlimen bagaimana Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat keutamaan dan peruntukan yang lebih banyak, mereka kata itu belum cukup sebab Sabah Sarawak dapat lebih banyak.


"Siri pertikaian (loyar buruk) PN ini tidak akan habis. Ini asam garam politik," katanya.


Oleh yang demikian, pada pandangan Rafizi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing perlu menumpukan peranan masing masing.


Kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab seperti membaiki ekonomi, mengurangkan hutang negara dan memastikan kebajikan rakyat terjaga.


Manakala Kerajaan Negeri, terutama kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor, Rafizi berpesan, daripada mempertikaikan rumah terbuka Kerajaan Perpaduan lebih baiklah MB itu berusaha segera memastikan bekalan air dinaiktaraf dan tidak lagi mengulangi kekurangan air ketika musim perayaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page