top of page

Rumah rakyat miskin Kelantan peruntukan 4 kipas tinggal 1?



Program pembinaan rumah rakyat miskin di Kelantan yang dikenali negeri Serambi Mekah tidak terlepas daripada penyelewengan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Pasir Mas, Aina Naziratul Aini Muhd Sayuty, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negera 2021, Program Bantuan Rumah Dhuafa' (PBRD) yang melibatkan keluarga miskin tegar dan miskin di Kelantan telah mengalami penyelewengan peralatan pembinaan.


Katanya, berdasarkan laporan audit itu, kipas siling yang sepatutnya dibekalkan sebanyak 4 unit pada setiap rumah telah dikurangkan menjadi seunit sahaja.


"Kipas yang patut diberi kepada setiap pembinaan rumah Dhuafa' adalah 4 unit, tapi ada kes penerima hanya menerima satu sahaja.


"Juga terdapat 18 kekurangan lain yang ditemui oleh pihak audit dalam PBRD. Antaranya pintu pendek, tandas tidak memenuhi spesifikasi (gambar, atas), cat nipis, tiada awning dan sebagainya. Ini menyebabkan PBRD kurang selamat dan kurang selesa diduduki.


"Penemuan audit yang dijalankan ini hanyalah melibatkan beberapa jajahan sahaja, tetapi mungkin ianya juga berlaku ditempat-tempat lain," katanya dalam satu kenyataan.


Aina Naziratul jelas kesal, Kelantan yang mahu dikenali negeri mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya berlaku penyelewengan ke atas alatan sekecil kipas siling, saiz pintu dan lain lain.


"Jenayah kolar putih hilangkan kapal, jenayah kopiah putih hilangkan kipas dhuafa'.


"Apakah kerana para dhuafa' ini dianggap miskin dan boleh diperbodohkan maka mereka ini ditipu bagi mengaut keuntungan lebih bagi kontraktor dan pemerintah?


"Mengapa pula bayaran terus juga dibuat kepada kontraktor oleh Kerajaan Negeri sekalipun pembinaan rumah dhuafa' tidak dibuat sempurna menurut spesifikasi dan melanggar tatacara kewangan?" tanyanya.


Selain itu, tambah Aina Naziratul, semakan beliau di Pasir Mas juga mendapati banyak masalah berkaitan pembinaan rumah dhuafa' yang dilaporkan.


"Oleh itu saya gesa SPRM, Polis, pihak ADUN dan pemerintah menyiasat segera isu pembinaan Rumah Dhuafa' di seluruh negeri Kelantan ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page