Rombakan kabinet tidak jejaskan dasar, agenda kerajaan
- Suara Keadilan

- 3 days ago
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Setiap pelantikan dalam Kabinet MADANI sememangnya hadir bersama idea dan pendekatan tersendiri, namun keupayaan menyelaraskan pemikiran serta hala tuju bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar, menjadi kunci utama memastikan kesinambungan dasar kerajaan tidak terganggu meskipun berlaku rombakan.
Bagi mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, rombakan Kabinet telah dirancang dengan baik dan tidak akan menjejaskan kesinambungan dasar dan pelaksanaan agenda kerajaan pada setiap kementerian.
Menurut beliau, PMX telah memberi tempoh lebih tiga tahun kepada barisan Kabinet terdahulu untuk membuktikan keupayaan masing-masing, memandangkan terdapat Menteri yang tidak mempunyai pengalaman ataupun berada pada posisi tidak sesuai maka rombakan perlu dilakukan.
"Sebab itu kita lihat kadang-kadang ada menteri yang dikritik, dipertikaikan dan kita lihat PMX telah memberi tempoh sehingga tiga tahun untuk mereka membuktikan kemampuan.
"Bagi saya apabila PMX dan rakyat melihat dan menilai beberapa menteri yang bukan kata tidak bagus, tapi mungkin tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) atau menteri-menteri yang ada kontroversi, yang gagal membawa hala tuju seperti mana yang dikehendaki PMX atau Kerajaan MADANI, (jadi) perlulah ditukar," katanya dalam podcast Real Talk by Amir Hussien yang bertajuk ‘Implikasi Rombakan Kabinet’ yang disiarkan di platform YouTube.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan dalam memastikan kesinambungan dasar agar rombakan Kabinet tidak menjejaskan pelaksanaan pelan sedia ada.
Menurut Ustaz Mohd Fakhrulrazi lagi, beliau yakin Kabinet baharu yang turut menampilkan ramai muka baharu dan golongan muda mampu membawa idea yang lebih segar, tenaga baharu dan tindakan yang lebih agresif dalam melaksanakan agenda kerajaan.
"Saya yakin Insya-Allah kita akan dapat melihat perubahan.. pertama sekali tentang agenda-agenda merakyat atau agenda untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya berkaitan isu ekonomi dan pendapatan,
"Kita juga tak nafikan ada kekurangan dan kelemahan.. sepatutnya kelemahan dan kekurangan bukan dijadikan senjata untuk menjatuhkan, tetapi dibantu untuk diselesaikan agar kelemahan itu dapat diperbaiki dan akhirnya memberi kesan yang baik kepada rakyat keseluruhannya," katanya lagi.









Comments