Rombakan kabinet pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat Perdana Menteri Malaysia hari ini menyaksikan beberapa menteri digugurkan dan dua kementerian dipecahkan.
"Setelah satu tahun sekarang kita cuba membawa sedikit perubahan dan penyesuaian yang diperlukan
"Keadaan juga berubah bukan sahaja berdasarkan prestasi lalu tetapi perubahan dari segi pertumbuhan ekonomi, permasalahan rakyat, termasuk kos sara hidup yang perlu ditangani dengan baik, juga penerimaan peringkat antarabangsa yang meletakkan tugas di Kementerian Luar Negara berobah
"Isu pendidikan, pendidikan tinggi, terutama usaha kita meneroka beberapa bidang baru seperti kecerdasan buatan, digital informasi yang menyebabkan saya memikir semula untuk membuat sedikit sebanyak penyesuaian melihat pada keadaan dan tuntutan semasa," kata PM dalam sidang media khas jam 11 tadi di Putrajaya.
Menurut beliau, setelah perbincangan diadakan dengan ketua ketua parti komponen utama beliau bersetuju untuk melakukan rombakan kabinet.
Katanya, upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan pada petang ini.
"Setelah berbincang dengan ketua parti komponen utama saya buat beberapa cadangan dipersembahkan kepada Agong dan diberi perkenan
"Pada petang ini akan diadakan angkat sumpah di Istana Negara," katanya.
Berikut adalah senarai menteri dan timbalan menteri yang diumumkan:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan : Lim Hui Ying
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadhilah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Mohamad Hassan
Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan Tinggi: Zambry Abdul Kadir
Menteri Digital : Gobind Singh Deo
Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) : Dr Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Armizan Mohd Ali
댓글