top of page

Rodziah cadang dua mekanisme jamin kemudahan bangunan strata



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail menyeru Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggubal Akta Sewaan Kediaman (RTA) dan cukai pengosongan atau 'vacancy tax' bagi memastikan kelestarian bangunan bertingkat terus dipelihara.


Menurutnya, isu hartanah berkait kediaman berstrata atau jenis bertingkat sering berlaku sebelum ini adalah akibat ketidakmampuan pihak pengurusan menyelenggara blok yang didiami.


"Adakalanya pemilik kediaman yang mendiami tidak melihat nilai hartanah sebagai aset lagi.


"Malah apa yang lebih memeranjatkan kawasan bangunan yang tidak diselenggara kini menjadi tempat warga asing untuk mereka tinggal," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Oleh itu, Rodziah mencadangkan agar akta sedia ada diperhalusi bagi memastikan isu penyelenggaraan di bangunan berstrata dapat diselenggara dengan baik.


"Saya ingin mencadangkan agar bahagian dalam seksyen dipinda bagi memastikan yuran penyelenggaraan itu tidak dikutip oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB).


"Sebaliknya saya mencadangkan satu tabung khas di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan subsidi silang untuk menyelenggara kemudahan di bangunan berstrata," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page