top of page

Roboh rumah: Kerajaan Negeri patut beri pampasan setimpal - KEADILAN Kelantan



Oleh: Abdullah Zaid


Terkesan dengan isu pencerobohan kediaman penduduk Kampung Jalan Atas Paloh, pimpinan KEADILAN Kelantan menzahirkan sokongan ke atas nasib mereka yang terjejas.


Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan berkata, kerajaan Kelantan seharusnya mempunyai timbang rasa kepada penduduk tempatan yang difahamkan telah menetap di kawasan itu sejak berpuluh tahun lalu.


Katanya, pampasan RM1,000 - RM1,500 yang diberikan kerajaan tidak mencukupi untuk kos perpindahan, apatah lagi apabila rumah sedia ada diroboh tanpa diberi rumah sementara atau gantian.


"Saya lihat pampasan yang diberikan hanya RM1,000. Mereka ini penghuni asal, ia tidak setimpal dengan beban yang terpaksa ditanggung untuk mencari kediaman baharu.


"Sepatutnya, Kerajaan Negeri perlu ada pertimbangan kepada penduduk tempatan yang wajar dan seadilnya buat mereka," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas beliau, kerajaan Kelantan seharusnya meneliti semula janji pada 2013 ketika era Tok Guru Nik Aziz Nik Mat memerintah untuk memberi pampasan setimpal kepada penduduk yang diminta berpindah.


"Sebelum ini Kerajaan Negeri ada menjanjkan rumah baharu buat penduduk tetapi sampai sekarang janji (rumah) itu tidak diberi," ujarnya.


Tambah Zinda, Kerajaan Islam Pas boleh sahaja mengambil pendekatan sebagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberi 300 buah rumah kepada penghuni Kampung Ujong Batu sebagai penempatan baharu buat mereka. Bukan terus merobohkan rumah dan membiarkan penduduk mencari sendiri kediaman.


"Saya berpandangan tindakan sebegitu tidak sepatutnya berlaku, jika di Penang penduduk diberi sebuah rumah tetapi di Kelantan hanya diberi RM 1,000 sahaja," sinisnya.


Untuk rekod, tanah seluas 1.79 hektar itu adalah milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan perobohan rumah penduduk di kawasan tersebut dibuat berdasarkan keputusan mahkamah pada 26 April 2022.


Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim yang merupakan wakil rakyat Kerajaan Perpaduan menggesa kerajaan negeri mengadakan perbincangan dan berunding dengan penduduk mengenai jumlah pampasan yang munasabah atau membina rumah mampu milik untuk mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page