top of page

RMK13: Kerajaan perkukuh agenda Bumiputera, pembangkang 'keliru' berhujah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

ree

Kritikan pembangkang PN kononnya Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tidak membawa agenda Bumiputera atau pembelaan ke atas kaum Melayu jelas satu tohmahan.


Menurut Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil (gambar), Kerajaan Madani jelas meletakkan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera sebagai salah satu tiang seri RMK13, malah begitu banyak perancangan untuk menaikkan ekonomi kaum Melayu.


"Hujah pembangkang kononnya kebajikan Bumiputera tidak diangkat dalam RMK13 sangatlah tidak berasas. Hakikatnya, agenda pemerkasaan Bumiputera adalah satu salah tiang utama RMK13.


"Ini termasuk pemerkasaan usahawan, pegangan ekonomi, pemilikan kediaman dan peningkatan kemahiran tinggi. Sewajarnya pembangkang meneliti dokumen RMK13 secara adil supaya tidak mudah menabur fitnah," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, jurang wilayah juga menjadi fokus, termasuk pembangunan di negeri-negeri pembangkang (SG4) yang majoriti penduduknya Bumiputera, walaupun berbeza politik.


"Berbekalkan inisiatif-inisiatif RMK13 (yang dirancang), dianggarkan ekonomi Kelantan akan berkembang pada kadar purata 4.7% setahun dalam tempoh RMK13 berbanding 4.2% (RMK12), ekonomi Kedah akan berkembang 5.1% purata setahun (RMK13) berbanding 4.7% (RMK12).


"Manakala ekonomi Perlis akan berkembang 4.9% (RMK13) berbanding 4% (RMK12) dan ekonomi Terengganu berkembang 4.8% (RMK13) berbanding 4.5% (RMK12)," jelas beliau.


Dalam masa sama, Faiz menyifatkan hujah yang dibawa wakil-wakil Perikatan Nasional (PN) ketika perbahasan RMK13 di Dewan Rakyat sebagai “mengecewakan” dan tidak bersandarkan fakta.


"MP Pasir Puteh dari Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar bercanggah dengan fitrah kejadian manusia. MP Tumpat dari Pas, Mumtaz Md Nawi pula mempertikaikan mengapa RMK13 lebih nipis berbanding RMK12, tanpa menilai kualiti dasar yang dibentangkan.


"MP Pendang yang juga dari Pas, YB Awang Hashim telah mengaitkan RMK13 dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969," sinisnya.


Menurut Faiz lagi, sebagai blok pembangkang PN sepatutnya mengemukakan hujah bernas, cadangan membina dan kritikan berasaskan fakta, bukan sekadar retorik.


"Oleh itu, PN dicabar membentangkan dasar bayangan RMK13 mereka kepada rakyat. Biar rakyat menilai secara adil dasar ekonomi kedua-dua blok, agar budaya politik matang dapat dibina di negara ini," tegasnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page