'RM6 bilion dibelanja, kapal peronda terbengkalai siap 3 tahun lagi'



Kapal tempur pesisir (LCS) sebanyak 6 buah untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengalami kelewatan pembuatan dilaporkan hanya akan siap pada 2025 dan selepasnya.


Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH - Ledang) yang tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Pertahanan bertanya apakah selepas RM9 bilion dibelanjakan TLDM terpaksa menunggu selama 3 tahun lagi, sedangkan tarikh siap kapal peronda berkenaan pada 2022.


"Saya terpanggil untuk membangkitkannya kerana kita lihat jumlah pelaburan yang kita peruntukan agak besar kerana projek LCS ini bernilai RM9 bilion.


"Mengikut data yang saya dapat, RM6.83 bilion telah dibayar. Tetapi tiada satu pun kapal peronda LSC ini telah siap. Sebelum ini saya dengar kapal pertama akan siap pada April 2022.


"Tetapi tadi saya dengar dari Menteri pada 2025, maksudnya lewat lagi tiga tahun untuk kita dapatkan walau satu kapal peronda. Inikan 5 lagi kapal peronda tersebut," katanya dalam sesi perbahasan Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, petang tadi.


Justeru, Syed Ibrahim meminta jaminan Menteri Pertahanan agar tarikh siap tidak lagi tertangguh serta apakah alternatif lain aset TLDM yang boleh digunakan.


"Jadi apakah jaminan Menteri supaya kita tidak lagi menanggung kerugian? Kedua, apakah jaminan untuk kita tidak terlalu bergantung kepada kapal peronda LCS tetapi juga kepada perolehan kapal yang lain, demi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara kita," katanya lagi.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjawab, kementeriannya telah mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead serta syarikat yang terlibat membina kapal berkenaan memikirkan hala tuju mereka.


Begitu juga, katanya keputusan telah dibuat untuk melibatkan Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk memikirkan pendekatan ke hadapan


Beliau berharap keadaan akan dapat dibetulkan dan penyiasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika terdapat sebarang penyelewengan sehingga tertangguhnya projek LSC berkenaan.


Projek pembinaan LSC sebelum ini dilaporkan mengalami kelewatan selama 43 bulan, yang antara lain berpunca akibat kegagalan kontraktor menyiapkan reka bentuk dalam tempoh ditetapkan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER