top of page

RM872 juta hilang, Yayasan Sabah fail tuntutan terhadap Musa Aman


Yayasan Sabah hari ini memfailkan tuntutan sebanyak RM872 juta yang dipercayai hilang ketika diterajui oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.


Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, kehilangan sejumlah wang itu merupakan hasil daripada perjanjian aktiviti pembalakan yang meragukan.


"Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah mempunyai sebab-sebab kukuh untuk mempercayai bahawa Tan Sri Musa Aman menggunakan jawatannya untuk mengarah anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Rakyat Berjaya Sdn Bhd bagi tujuan perniagaan balak.


"Dalam tuntutan mahkamah itu, kami telah menamakan beberapa penerima dan transaksi melibatkan wang dalam beberapa akaun luar pesisir yang kami tuntut melalui proses perundangan," katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.


Tuntutan itu telah difailkan melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.


Musa Aman merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan menghadapi 46 pertuduhan iaitu 30 pertuduhan melibatkan rasuah dan 16 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram.


Bagaimanapun, Musa dibebaskan selepas pihak pendakwaan membuat keputusan untuk menarik balik semua pertuduhan itu.


Namun tuntutan baharu Yayasan Sabah terhadap Musa bermakna pemegang konsesi pembalakan terbesar negeri itu masih berusaha untuk mendapatkan semula hak kebajikan sosioekonomi rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page