top of page

RM8.2 juta bersihkan sampah di sungai sekitar S'gor, Kuala Lumpur



Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8.2 juta antara Januari hingga September bagi kerja-kerja penyelenggaraan sampah di sungai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.


Menurut menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jumlah itu sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan RM3.6 juta untuk Selangor.


Manakala sebanyak RM166,320 dibelanjakan untuk penyelenggaraan sampah di struktur 'log boom' Kolam Takungan Banjir Jinjang dan RM150,000 setahun untuk penyelenggaraan sampah anak Sungai Udang.


"Baru baru ini saya pergi ke kolam takungan banjir di mana kita melihat antara masalah utama adalah kemasukan sampah dan kos besar yang ditanggung JPS (Jabatan Pengairan Dan Saliran) untuk membersihkan kolam itu dua kali seminggu.


"Kita selalu bercakap mengenai program tebatan banjir yang membabitkan kos ratusan juta tetapi kita lupa antara perkara yang menyumbang kepada banjir adalah perkara yang sangat asas iaitu menjaga kebersihan sungai kita," katanya dipetik.


Nik Nazmi ditemui pemberita ketika lawatan kerjanya ke Sungai Jinjang pada Isnin.


Turut hadir Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Mohd Yazid Sairi.


Sementara itu Nik Nazmi menegaskan, kos penyenggaraan itu dapat dikurangkan sekiranya isu pembuangan sampah ke dalam sungai dapat diatasi bersama.


Ia bukan sahaja mampu mengelakkan pencemaran alam sekitar, sekaligus mengurangkan risiko berlaku banjir.


"Berdasarkan rekod jumlah kutipan sampah di sekitar Kolam Takungan Banjir Jinjang pada 2021 adalah sebanyak 60 tan, manakala 59 tan direkodkan pada 2022 dan 36 tan bagi 2023 sehingga September lalu.


"Justeru, Kementerian dan agensi berkaitan menyeru masyarakat lebih prihatin dan memandang serius isu pembuangan sampah ke dalam sungai bagi mengurangkan risiko banjir untuk kesejahteraan sejagat serta kelestarian alam sekitar," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page