top of page

RM796.4 juta diperuntukan pastikan bekalan air kekal terjamin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Persekutuan memperkukuh komitmen memastikan bekalan air bersih yang berterusan kepada rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai projek bekalan air di seluruh negara tahun ini.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan memperuntukkan RM796.4 juta dalam bentuk pinjaman kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaan projek-projek berikut.


"Langkah ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran cuaca panas dan kemarau yang dijangka berlaku susulan Monsun Barat Daya.


"Setakat Mei lalu, sebanyak 28 projek bekalan air sedang dilaksanakan di seluruh negara," katanya dipetik selepas menghadiri Program Ibadah Korban di Kuching pada Ahad.


Tambahnya daripada jumlah itu, sebanyak 12 projek dilaksanakan di Sabah, dua di Kedah, satu di Kelantan, tiga di Pahang, tiga di Terengganu, lima di Sarawak dan dua di Perlis dengan tujuh daripadanya dijangka siap tahun ini.


Sementara itu, Fadillah berkata kementeriannya kini memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu air tidak terhasil (NRW).


Justeru, kerajaan sedang meneliti semula sistem paip sedia ada dan akan mempercepatkan usaha penggantian paip rosak dan usang bagi mengurangkan pembaziran serta menjamin kesinambungan bekalan air kepada pengguna.


"Kita komited memastikan rakyat tidak terus berdepan masalah gangguan air. Penekanan bukan hanya kepada pembinaan baharu, tetapi juga terhadap penyelenggaraan dan pemulihan sistem sedia ada," tambah beliau.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page