top of page

RM700 juta perbelanjaan publisiti kerajaan PN perlu disiasat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 30, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Di tengah tengah 'kekecohan' usaha pembangkang PN merancang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui 'Langkah Dubai' Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar hari ini menyokong penuh usaha untuk menyiasat perbelanjaan RM700 juta yang dibuat oleh kerajaan terdahulu bagi tujuan iklan dan publisiti.


Katanya beliau menyokong kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mahu mengetahui ke manakah kerajaan PN membelanjakan wang sebanyak itu dalam tempoh 3 tahun memerintah.


Menurut Onn, rakyat wajar diberitahu mengenai isu integriti para pemimpin yang bercita cita untuk mengambilalih pemerintahan negara itu terutama isu penggunaan wang cukai rakyat.


"Promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan kepada umum memang dilakukan oleh mana-mana kerajaan.


"Namun (mengapakah) peruntukan hampir RM 1 bilion? Ini amat keterlaluan dan perlu dijelaskan kepada rakyat ke mana duit sebanyak itu dibelanjakan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Tambah Onn, sekiranya penyiasatan dibuat maka rakyat boleh melihat kemungkinan terdapat pelanggaran prinsip tata kelola, terutama dakwaan kemungkinan peruntukan digunakan untuk membiayai laskar siber yang mengapi apikan isu kaum dan agama.


"Wang yang diperuntukan bukan kecil, ramai yang tertanya-tanya ke mana duit itu dibelanjakan. Adakah kepada pihak cytro (laskar siber PN)?


"Jadi sekiranya peruntukan itu dibuktikan (aliran kewangan), dan ada rekod, ia boleh menjawab segala dakwaan supaya tidak timbul lagi syak wasangka (tertanya tanya) terhadap mana-mana pihak," ujarnya.


Sebelum ini, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan I telah memaklumkan kira-kira RM500 juta dibelanjakan bagi kerja pengiklanan dan promosi ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala baki RM200 juta di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Katanya, beliau turut mengarahkan Kementerian Kewangan supaya hanya meluluskan peruntukan tidak melebihi RM100 juta pada tahun hadapan bagi tujuan promosi dan publisiti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page