top of page

RM324 juta untuk ekosistem sukan Malaysia



Sebanyak RM324 juta diperuntukkan kerajaan untuk menambah baik program latihan serta kemudahan sukan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 semalam berkata peruntukan diberikan itu adalah bagi membangunkan ekosistem sukan secara menyeluruh.


"Peruntukan itu antaranya untuk membangunkan ekosistem sukan yang menyeluruh daripada pencarian bakat sehingga ke acara podium serta untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.


"Kerajaan juga bersetuju potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat diberi kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi," katanya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan, sebanyak RM20 juta turut diperuntukkan kepada program perpaduan yang berlandaskan penerapan nilai-nilai murni antara kaum.


"Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah dan komuniti dengan memastikan penglibatan belia dan semua jenis sekolah secara silang budaya.


"Bagi menjayakan program-program ini, kerajaan akan menyediakan dana geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan program realiti sukan," kata Ahli Parlimen Tambun itu.


Sementara itu Anwar turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bermula tahun ini.


Kerajaan turut bercadang untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page