RM300 juta selesai masalah gangguan bekalan air di Sabah
- Suara Keadilan
- Dec 8, 2023
- 1 min read

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air Sabah yang masih mengalami gangguan di kawasan tertentu.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam lawatan seharinya ke Sabah semalam.
"Sejumlah RM300 juta diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang berlarutan di Labuan dalam Belanjawan 2024," katanya.
Di samping itu, beliau juga membincang dan melancarkan projek projek besar di negeri di bawah bayu itu.
"Kesempatan ini saya gunakan bagi menyampaikan pelbagai amanat dan perancangan kerajaan termasuk menyegerakan isu-isu rakyat yang penting iaitu bekalan air sebagai antara rancangan pembangunan Labuan.
"Sementelahan, bagi memacu pembangunan ekonomi Labuan, satu persidangan membabitkan peranan pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), Bank Negara (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia akan diadakan Januari depan.
"Insya-Allah, perancangan ini antara dirancang bagi mengangkat semula peranan Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan tersohor di rantau ini," katanya lagi.

Di akhir lawatan ke Labuan PM singgah dalam Majlis Menyantuni Ketua Isi Rumah Miskin Tegar dan Majlis Amanat Bersama Wilayah Persekutuan Labuan seraya diapit Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali serta Pengerusi Perbadanan Labuan Merangkap Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.
Comments