top of page

RM3.3 bilion penyelenggaraan jalan Persekutuan sejak 2018

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion dari tahun 2018 hingga 2023 bagi kerja-kerja penyelenggaraan turapan jalan Persekutuan di seluruh negara.


Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.


"Berdasarkan rekod KKR, masih terdapat sejumlah RM3.3 bilion peruntukan yang diperlukan bagi menyelesaikan `backlog’ kerja penyelenggaraan yang melibatkan laluan Persekutuan sepanjang 3,821.03 kilometer (km)," katanya dalam Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang meminta KKR menyatakan tindakan yang telah atau akan diambil untuk mengatasi masalah pembaikan jalan raya iaitu turapan bukan tampalan di seluruh Malaysia.


Dalam pada itu, beliau turut berkata pemilihan kaedah rawatan penyenggaraan yang tepat berdasarkan jenis kerosakan ditapak amat diperlukan sebelum pembaikan dilaksanakan.


"Kaedah rawatan secara ‘mill and pave’ dan ‘overlay’ adalah sesuaian bagi lokasi yang mengalami kerosakan fungsi, manakala bagi lokasi yang mempunyai kerosakan struktur kaedah rawatan yang lebih besar.


"Selain itu, beberapa ujian tapak sebelum pemilihan kaedah rawatan adalah ditekankan supaya pemilihan yang dilaksanakan adalah tepat dan bersesuaian dengan kerosakan yang dialami," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page