top of page

RM25 juta bina bangunan tambahan kolej kediaman UPSI - PM



Oleh: Helmi Mohd Foad

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membina 18 blok tambahan kolej kediaman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.


Perdana Menteri ketika mengumumkan berita baik itu pada sesi Temu Anwar dengan kira-kira 5,000 mahasiswa UPSI di Dewan Tuanku Canselor selepas merasmikan Anugerah Buku Negara 2023 di pusat pengajian tinggi tersebut.


"Kediaman yang ada hanya boleh menampung 7,804, (iaitu) 36 peratus daripada lebih 31,000 pelajar di sini, ini kadar terendah berbanding IPTA (institusi pengajian tinggi awam) seluruh negara, di IPTA lain 60 peratus.


"Bila saya dengar maklumat ini, langkah segera perlu diambil. Untuk tambah kapasiti kolej kediaman, belanjanya saya luluskan RM25 juta," katanya disambut tepukan gemuruh mahasiswa dan kakitangan UPSI, lapor Bernama.


Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Saraani Mohamad dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu projek berkenaan akan dilaksanakan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.


Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan agar peruntukan itu diluluskan sebelum akhir tahun ini.


Sabtu lepas, Zambry ketika melakukan lawatan kerja di Kolej Kediaman Ungku Omar menyatakan kementeriannya akan berbincang dengan pihak institusi pendidikan tinggi seluruh negara bagi mengenal pasti universiti yang memerlukan penyelesaian berkaitan masalah kediaman pelajar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page