top of page

RM219.6 juta peruntukan projek atasi banjir kilat



Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan sebanyak RM219.6 juta untuk menaiktaraf perparitan dan menyelenggara kolam takungan dari tahun 2023 hingga 2024 di atas komitmen mengatasi masalah banjir kilat.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata demikian dalam kenyataan selepas sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai Pengurusan dan Tindak Balas Banjir Berkesan di Bandar anjuran Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur hari ini.


"KPKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM49.59 juta bagi projek menaiktaraf perparitan dan longkang kepada PBT pada tahun 2023, dan RM20 juta pada tahun 2024.


"Bagi projek penyelenggaraan kolam takungan banjir di kawasan PBT, peruntukan sebanyak RM100 juta pada tahun 2023 dan RM50 juta pada tahun 2024 telah disalurkan kepada PBT," katanya.


Selain itu, dalam kenyataan sama KPKT berkata, kementerian telah menerapkan Pelan Induk Saliran Mesra (PISMA) dalam perancangan bandar mengikut hasil keputusan Majlis Perancangan Fizikal Negara 2023.


"Data pelaksanaan kajian PISMA di Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 32 kawasan telah menyelesaikan pelaksanaan projek ini, manakala tujuh kawasan dalam proses penyediaan kajian dan 10 kawasan masih dalam proses perancangan," kata Kor Ming.


Selain itu, menurut kenyataan tersebut, faktor kejadian banjir kilat di Malaysia terdiri daripada beberapa faktor seperti perubahan pola taburan hujan, kesan urbanisasi dan pembangunan tidak bersepadu, serta sistem saliran yang kapasitinya tidak mencukupi.


Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat tentang Pengurusan dan Tindak Balas Banjir Berkesan di Bandar dari 25 hingga 26 Mac 2024 dengan menghimpunkan pakar dan pihak berkepentingan untuk menangani cabaran mendesak mengatasi banjir di kawasan bandar.


Perbincangan itu dianjurkan dengan kerjasama pakar terkemuka dari United Kingdom dan Malaysia dalam pengurusan banjir serta ketahanan iklim. Penganjuran tersebut mempamerkan kepakaran bersama KPKT dalam bidang berkenaan, jurang yang perlu ditangani, dan bidang untuk kerjasama masa depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page