top of page

RM2 bilion bayar konsultan luar untuk siapkan buku RMK 12 melampau

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 28, 2021
  • 1 min read


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap membazir kerajaan Perikatan Nasional yang membelanjakan RM2 bilion melanggan perkhidmatan konsultan luar negara untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke (RMK) 12.


Sedangkan laporan dan kajian tersebut, katanya, boleh dibuat dengan lebih tepat oleh pakar-pakar dalam negeri dengan kos yang berkali ganda lebih rendah.


"Itu yang membimbangkan saya dan saya rasa bertanggungjawab mengemukakan. Menteri Ekonomi (ketika laporan disediakan) tahu kita boleh kumpulkan laporan Davos, laporan Bank Dunia, (tetapi dia) boleh belanja bilion ringgit untuk konsultan.


"Saya difahamkan lima tahun dulu telah dibelanjakan RM1.8 bilion (kepada konsultan luar). Jadi saya nak tanya, lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK-12 ini, mungkin sebahagiannya kita boleh guna pakai.


"Tetapi saya masih yakin, maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendalikan oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara.


"Siapa boleh faham masalah kemiskinan dan kesenjangan dalam negara, bukannya pakar-pakar konsultan luar," katanya ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page