RM150 juta boleh bantu rakyat Johor, bukan membazir adakan PRN - Akmal



BN memberi alasan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menstabil politik dan memastikan pembelaan ke atas rakyat yang lebih baik.


Ahli Parlimen Akmal Nasir (PH - Johor Bahru) berkata, sekiranya tujuan BN semurni itu maka bajet RM150 juta menganjurkan PRN Johor lebih baik digunakan untuk memberi pelbagai bantuan rakyat yang terkesan akibat Covid 19 dan banjir yang melanda Johor baru baru ini.


"Malangnya ada yang masih berebut kuasa, berbalah sesama sendiri membazirkan RM150 juta untuk PRN di Johor. Tindakan ini bukan sahaja tidak membantu sebaliknya membebankan rkayat.


"Kalau betul nak bantu orang Johor, fokuskan dasar membela rakyat. Kumpulan yang terkesan akibat kurang aktiviti ekonomi sepatutnya menjadi keutamaan penyaluran dana.


"Alangkah baiknya kos untuk PRN disalurkan kepada pakej ransangan tambahan. Terdapat ribuan peniaga kecil yang gulung tikar. Lebih 12,000 pekerja di Johor diberhentikan.


"Perlu dana RM10 juta disalurkan ke Larkin Sentral, hub pembangunan yang terkesan teruk dengan PKP. Sekarang di Larkin Sentral, bahagian kering hanya 50% sahaja yang masih bernafas dan bertahan tak tahu sampai bila.


"Atau dana RM150 juta itu dimanfaatkan kepada mereka terkesan Covid. Bila positif arahan kuarantin seminggu. Tetapi kesensaraan kepada pesakit dalam tempoh seminggu, mereka tiada pendapatan. Kalau keutamaan itu untuk membantu rakyat, maka beri RM500 bagi yang kena kuarantin kita boleh bantu 300,000 orang jika tidak ada PRN," katanya dalam sesi ucapan di Dewan Rakyat pada sebelah pagi.


Selain itu, Akmal juga menempelak pengumuman BN untuk membuka sempadan negeri Johor dan Singapura sekiranya menang PRN.


Sedangkan, katanya sempadan boleh dibuka lebih awal untuk 200,000 rakyat Johor yang berkerja di Singapura untuk pulang mengundi.


"Kalau kerajaan nak umum pembukaan sempadan jangan untuk gula gula PRN. Umum dan buka sekarang biar rakyat Johor balik mengundi serta pulihkan ekonomi," katanya.


Akmal juga membangkitkan isu ekonomi gig yang mana semakin dianggap pekerjaan utama di Malaysia.


Katanya, pekerja gig perlu diberikan KWSP dan Socso sebagaimana pekerja dalam bidang lain yang dianggap pekerjaan tetap.


"Ada kumpulan anak muda dalam gig ekonomi, lebih 4 juta orang atau dikenali sebagai riders penghantar makanan. Kos sara hidup melambung tinggi. Pendapatan mereka ditekan. Komisyen yang mereka terima dikurangkan.


"Dari segi perlindungan masa depan pula terabai. Kalau betul nak masuk PRN itu keutamaan jaminan kepada anak muda maka beri caruman KWSP dan Socso. Wajibkan syarikat buat caruman mandatori.


"Kalau kita tengok data ketika ini, syarikat gig ini mendapat pulangan 18% berbanding KDNK dan akan meningkat 30% dalam 2 tahun.


"Kalau betul ada kejujuran bantu anak muda, selain wajib sumbangan mandatori, buat undang undang untuk bantu pekerja gig ini kerana pekerjaan gig telah jadi sepenuh masa, bukan lagi separuh masa," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER