top of page

RM149,500 tingkat pendidikan di 34 sekolah Hang Tuah Jaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read
Adam Adli (berbaju putih) bersama Datuk Fahmi memberi sumbangan kepada pelajar di Hang Tuah Jaya
Adam Adli (berbaju putih) bersama Datuk Fahmi memberi sumbangan kepada pelajar di Hang Tuah Jaya

Sektor pendidikan di Parlimen Hang Tuah Jaya terus diperkasa dan diberi keutamaan apabila sejumlah RM127,000 disalurkan kepada 34 sekolah di kawasan tersebut.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim berkata, peruntukan RM3,000 kepada 23 sekolah rendah dan RM5,000 bagi 11 sekolah menengah di kawasan tersebut bagi memastikan persekitaran sekolah lebih kondusif bagi keselesaan pelajar dapat diwujudkan.


"Selain bantuan tahunan, bantuan khas turut disalurkan kepada SRA JAIM Bukit Katil sebanyak RM10,000 bagi perolehan peralatan ICT serta SK Tun Syed Ahmad Shahabudin sebanyak RM15,000 untuk menaik taraf dewan sekolah," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) merasmikan Majlis Sumbangan Prasarana Sekolah dan Anugerah Pelajar Cemerlang di Amverton Resort pada Sabtu.


Pada acara itu seramai 75 pelajar yang mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 turut diraikan.


"Setiap pelajar menerima sumbangan tunai RM300 berserta sijil penghargaan sebagai galakan untuk terus melakar kejayaan di peringkat pengajian tinggi.


"Dalam masa sama, pelajar yang berdaftar di bawah data eKasih turut menerima sumbangan komputer riba daripada Kementerian Komunikasi bagi menyokong keperluan pembelajaran digital mereka," tambahnya.


Menurut Adam Adli, sumbangan kepada pelajar cemerlang melibatkan peruntukan sebanyak RM22,500, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan disalurkan sebanyak RM149,500.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page